Terdapat 2 kategori orang yang untung dalam transaksi emas seperti yang sebut semalam.

Orang yang ada simpan emas dan tahu menjana keuntungan dengannya.

Ini termasuk penyimpan emas atau pelabur emas.

Orang yang menyimpan emas biasanya fokusnya lebih kepada pertambahan grams emas untuk mencapai matlamatnya.

Biasanya mereka simpan bermula serendah 1 grams hinggalah ke target grams tercapai. Ini mengikut kadar kemampuan diri masing-masing.

Manakala pelabur emas lebih dilihat kepada mereka yang membuat belian bermula dengan 250 grams dan ke atas.

Mereka beli pada harga rendah dan jual pada harga emas yang lebih tinggi. Keuntungan dapat dijana dengan cara sebegini.

Ada skil teknikal yang diperlukan untuk kategori pelabur seperti keupayaan membaca statistic harga emas da sebagainya.

Orang yang boleh membeli emas dengan harganya dan termanya sendiri.

Ini adalah kategori pekedai emas, syarikat yang mengeluar dan menjalankan transaksi emas, bank yang ada fasiliti emas dan sebagainya.

Kenapa mereka ini di anggap untung?

Kerana emas adalah duit sebenar manusia. Ia adalah duit fitrah.

Allah sediakan medium transaksi untuk manusia guna dalam kehidupan sehariannya sebagaimana Dia tetapkan sistem munakahat, jinayah, ibadat dan mualamah.

Ia adalah emas dan perak.

Menurut Robert T Kiyosaki, emas adalah duit Tuhan.

KEUNTUNGAN DALAM 2 BENTUK MATERIAL DAN IMMATERIAL

  • Untung material adalah untung yang kita jelas keuntungannya.

Contoh Beli emas 100 grams pada harga RM15k beberapa tahun dulu. Jual pada  harga RM27k. Beza kos RM12k adalah keuntungan.

Jelas dan nampak. Boleh di kira. Boleh rasa dan pegang duit keuntungan tu RM12k jika dikeluar dari bank. Gitulah contohnya.

  • Keuntungan yang immaterial adalah sesuatu yang tak nampak. Ia bukan dalam bentuk yang jelas.

Sebagaimana ramai maklum, emas adalah perhiasan dalam syurga. Pada saya emas adalah simbolik kekayaan Allah Ya Mughni.

Sukar untuk dijelaskan bagaimana keuntungan ini boleh kita dapati.

Tapi ia adalah sebuah rasa yang memberi keyakinan kepada kita bahawa dengan menyimpan emas dan sebagainya memberi peluang untuk kita turut merasai akan kekayaan Dia.

Untungnya mereka yang terlibat dengan emas adalah dapat pegang, rasa, sentuh, dan tengok sendiri perhiasan yang dijanjikanNya ada di syurga ketika kita masih ada di dunia.

Dapat point yang saya cuba sampaikan di sini?

Bertuahkan kita? Sebenarnya memang kita  sangat bertuah untuk memiliki logam ini semasa hayat kita di sini.

Berat atau ringan bukan isunya, tapi makna yang di bawa itu lebih berharga.

Justeru antara emas dan tunai mana satu yang jadi pilihan kita.

Sebanyak mana pun tunai yang kita ada dalam simpanan, usah jadikan semuanya dalam bentuk tunai.

Usahakan untuk tukarkan sebahagian darinya ke bentuk emas.

Boleh tentukan 10% sehingga 30% untuk di tukar ke bentuk emas.

Ambil peluang untuk adakan juga simpanan emas ketika masih ada pendapatan diri masuk setiap bulan.

Tunai kita masih perlukan dalam urusan hidup seharian kita, tapi duit sebenar ciptaan Dia untuk kita hambaNya jangan dilupakan terus ya.

Jemput terus ke link telegram channel saya untuk lebih banyak perkongsian tips emas di sini https://t.me/maslianaibrahim